Thursday 3 November 2011

Kenapa Anda Perlukan Takaful??



"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta” 
(Hadis riwayat Al-bukhari)

Tanyalah pada diri anda sendiri..

  • Apakah yang anda sediakan untuk anak-anak dan keluarga, ketika anda “tiada”?
  • Mahukah bil-bil rawatan dan pembedahan anda di hospital swasta ditanggung?
  • Adakah anda terpaksa bekerja apabila sudah bersara, bagaimana dengan hari tua?
Kenapa anda perlu insurans hayat bersama kad perubatan?
  • Memastikan agar keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas kematian anda agar mudah bagi mereka untuk membayar bil, cukai, hutang dan keperluan-keperluan lain.
  • Supaya keluarga terdekat anda dapat terus mengekalkan taraf hidup mereka selepas kematian anda.
  • Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya.
  • Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan agar apabila bersara, anda akan mempunyai punca pendapatan berterusan.
  • Agar anda mempunyai pendapatan sampingan apabila pendapatan anda berkurangan berikutan penyakit yang serius, lumpuh sepenuhnya atau kemalangan.
  • Kemudahan Kad Perubatan untuk membayar bil hospital anda dari RM 500k – 2.5 juta
Apabila topik insurans/ takaful diutarakan, ramai di kalangan kita khususnya orang Melayu dan Islam gemar merujuk pada istilah “rezeki ada di mana-mana”dan setiap seorang telah ditentukan rezeki masing-masing.
Tetapi pernahkah dari kalangan kita merujuk kepada kalam Allah s.w.t. dan sunnah Rasul-Nya yang antara lain mahu umatnya berusaha keras untuk mengubah nasib sendiri dan baru bertawakal.
Istilah Melayu ada menyatakan “sediakan payung sebelum hujan” dan “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” tetapi berapa ramai yang menyediakan persiapan sedemikian terutama melibatkan wang ringgit sama ada bagi diri sendiri, anak isteri dan ahli keluarga untuk jangka masa panjang.
Tidak kurang juga yang berpuas hati dengan membuat tabungan sama ada di Tabung Haji, amanah saham atau mana-mana akuan di institusi kewangan lain yang keluar dan masuk simpanannya tiada batasan masa dan jumlah.
Lalu tersebarlah berita anak cemerlang dan pintar gagal meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi kerana masalah kewangan ibu bapa. Individu menagih bantuan dan simpati untuk tanggung kos rawatan.
Semuanya gara-gara tidak membuat penyediaan melalui skim-skim tabungan jangka panjang dalam bentuk insurans sama ada bagi kesihatan, pendidikan, hayat, keluarga dan seumpamanya.
Sekali lagi kita perlu kembali pada pepatah lama “malang tidak berbau”. Ini bermakna sesiapa jua sama ada kaya, miskin, tua, muda, senang atau susah, semua boleh ditimpa musibah.
Malang dan kesulitan itu hanya akan dirasai apabila saat musibah melanda diri, isteri dan anak-anak atau ahli keluarga secara tiba-tiba.
Bagi golongan kaya, soal sebegini tidak timbul kerana segalanya dilindungi melalui pelbagai skim mewah dan lumayan serta terjamin.
Masalahnya golongan pertengahan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka ini sering terleka dengan kesenangan tidak terjamin dan sementara yang dikutip pada setiap bulan.
Sedangkan tabungan melalui skim perlindungan yang diinsurankan, banyak pilihan mengikut kadar kemampuan dari serendah tidak sampai RM3.33 sebulan hingga puluhan, ratusan malah ribuan ringgit untuk jangka masa panjang.
Lima dan 10 tahun lalu, terlalu sukar untuk kita menarik dan melihat orang Melayu menyertai simpanan melalui skim insurans, sama ada untuk hayat, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.
“Kini alhamdulillah, cara berfikir dan kesedaran mereka sudah berubah dan semakin ramai yang membeli serta memiliki skim perlindungan insurans,” kata wakil agensi insurans, Mursal Mat Jadi.
Menurutnya, pada asanya memang semua skim insurans kelihatan sama, tetapi hakikatnya tidak pada dasar dan konsep operasinya.
“Dasar operasi dalam skim takaful adalah berkonsepkan perkongsian secara hibah dan infak secara syariah yang berlandaskan untung dan rugi dikongsi untuk tanggungan bersama. Ia bukan sahaja dijamin halal tetapi terhindar dari unsur riba dan subahat.
“Sebab itu cara dan kadar agihan keuntungannya tidak seperti skim-skim insurans konvensional yang tidak diikat oleh cara dan hukum-hukum Islam,” jelasnya.
Menurutnya, pada zahir skim takaful dianggap kurang efisyen kerana kejahilan mereka tentang Islam.
“Tetapi jika faham dan mahu mengamalkan cara hidup yang dituntut oleh Islam dan syarak, inilah pilihan perkongsian menghadapi kesusahan yang insya-Allah akan diberkati dan mendapat keuntungan dunia dan akhirat,” tambahnya.
“Mungkin mereka tidak dapat melihat kesan atau keuntungannya secara terus untuk jangka masa pendek.
Menurutnya, menabung melalui skim insurans ini mempunyai manfaat besar kepada diri dan ahli waris kerana simpanannya hanya boleh dinikmati setelah peserta menerima musibah.
Ini katanya berbeza dengan simpanan di institusi kewangan atau amanah saham yang boleh dijual beli pada bila-bila masa.
Sumber : Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia, 6 Feb 2007

No comments:

Post a Comment

 
;