Friday 16 December 2011 0 comments

Kenapa perlu medical card sendiri walaupun company dah sediakan???

Pernyataan ini saya memang saya selalu dengar daripada saudara-saudari kita yang bekerja di Syarikat Swasta yang memberikan kemudahan perubatan. Jadi mereka berpendapat, "Buat apa amik plan medical insurance/takaful? Syarikat tempat saya bekerja cover unlimited..." atau ada juga yang bagitau saya, "Syarikat saya cover medical, so saya tak perlu amik plan medical sekarang..tunggu saya dah pencen baru amik"

Tahniah saya ucapkan kerana anda bertuah sebab company anda bekerja prihatin dan memberikan kemudahan perubatan (yang mana premiumnya ditanggung oleh syarikat anda)

Ada beberapa perkara yang saya ingin bertanya kepada mereka2 yang berpendapat seperti yang saya nyatakan di atas.

PERTAMA- Company cover unlimited....Betul, kekadang memang kita dengar syarikat tempat kita bekerja cover medical unlimited. Sedangkan kita tidak pernah pun lihat sendiri policy yang menyatakan medical coverage kita unlimited. Akan tetapi, hakikatnya, walau pun unlimited..(pada pendapat anda)....limitnya adalah...

i. Sekiranya anda mengidap penyakit kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang, atau kerap bercuti daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada dalam syarikat tersebut?...Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan kita sudah tidak productive (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat), berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak productive berapa didalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang sakit tadi?...Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Medical Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan kerja atas-atas sebab kesihatan. Setuju?...

Jadi, setelah kita tidak lagi diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit medical benefit yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru nak mohon medical card? Adakah syarikat insurance mahu berikan perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri...

ii. Kalau kita bertukar tempat kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan lagi?...Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana?..anda tukar kerja atau tidak? Seterusnya jawapan anda.."Haaa, masa tu baru le amik medical card.."....jawapan saya "...Kalau anda boleh jamin anda sihat sampai bila-bila dan takkan sakit, then anda amik medical card nie kemudian, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik amik sekarang...sebabnya medical card hanya boleh dibeli dengan 2 benda iaitu DUIT dan KESIHATAN. Dah sakit, kalau anda boleh bayar saya RM2,000 utk 3 tahun punya payment akan datang sekali pun, syarikat akan tolak permohonan anda....masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia le untuk menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit dalam EPF....bagaimana hari tua anda?....EPF untuk simpanan hari tua, tapi tak sempat nak tua duit dalam EPF dah habih bayar ke Hospital....Fikirkan lah sendiri.."

KEDUA - Tak perlu ambik medical card sekarang sebabnya saya dah ada company punya.

Sekiranya anda boleh jamin anda akan sihat sampai anda dah nak bersara besok, anda boleh tunggu untuk ambik medical ini akan datang. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik anda ambil sekarang. 

Kita biasa melawat saudara-mara kita di hospital...pernah atau tidak kita bertanya kepada pesakit tu, "you tau dari awal ke yang you akan kena sakit nie?...." atau "you memang nak ke sakit nie terkena kat you"...cuba tanya mereka sama ada jawapannya Ya atau Tidak.

Kalau jawapannya tidak, anda kena ambik medical card sekarang. Kalau jawapanya ya....anda tak perlu ambik medical card tu sekarang sebabnya, sebabnya anda ada kebolehan untuk tahu apa perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Jadi, apabila anda tahu anda nak sakit je, baru anda ambik. Fikirkanlah sendiri....

Kalau nak ambil medical card sekarang, hubungi saya. Penerangan percuma dan tiada paksaan, itu janji saya. Saya cuma ingin beritahu anda apa yang anda perlu tahu pasal medical card ini dan bagaimana medical card ini penting untuk elakkan anda jadi seperti kes-kes seperti di bawah ini. Kalau anda tidak tahu, jangan tidak ambil tahu, ambil tahu, fahamkan apa sebenarnya medical card ini.....kemudian buat keputusan sama ada perlu ambil atau tidak. Sebabnya....kalau anda dah sakit, agent insurance/takaful dan syarikat insurance boleh cari client yang sihat.. tapi, anda tidak boleh cari insurance yang nak cover orang yang dah sakit.

Sekiranya nak tahu bagaimana plan Prudential BSN Takaful ni boleh bantu anda, hubungi saya di 019-4780202 (Nurul Haiza)
0 comments

Instrument simpanan yang mana lebih efisyen??


(Keratan akhbar Harian Metro - Jumaat 14 Mei, 2010)



"Saya dah ada duit dalam bank, kalau untuk bayar kos rawatan saya, saya tak ada masalah...memang saya dah bersedia...."...itu respond yang biasa ejen insuran/takaful terima, tapi hakikatnya...kalau anda teliti kisah Encik Abdul Rahman ni, gaji beliau kena suspend dalam bank (sebab apa? Perkara nak berlaku kekadang tak ada signal, terus berlaku)...dalam masa yang sama dokumen pulak hilang sebab dok kalut apabila tetiba ditimpa musibah...

Lihat sendiri, apa akibatnya, nak keluarkan duit sendiri dah tak boleh dan anak sendiri yang nak keluarkan duit pun tak boleh...jadi, dalam keadaan begini, pernahkah anda terfikir, beliau tak mampu nak bergerak, hanya mampu mengelipkan mata...kalau ia boleh berlaku kepada orang lain, ia jugak boleh berlaku kepada kita!! Jadi, saya ingin mengajak semua pembaca arktikel ini, merenung sejenak, sekiranya kes ini berlaku, instrument kewangan mana yang paling efisen yang kita boleh harapkan?...

Bank?...KWSP?....Berbalik kepada soalan saya, instrument apa?...tidak lain dan tidak bukan adalah INSURANCE atau TAKAFUL....

Kalau kita simpan dalam bank, lumpuh seperti Encik Abdul Rahman nie, hanya kita yang boleh keluarkan duit, tapi kalau Insurance/Takaful...lumpuh macam nie, duit akan dibayar oleh pihak insurance/takaful kepada waris yang memerlukan untuk teruskan kehidupan dan menanggung kos rawatan perubatan....FAST, IMMEDIATE and GUARANTEED....itu sahaja yang mampu saya katakan....memang mekanisma insurance/takaful dicipta sedemikian rupa, bukan seperti bank, ASB atau Tabung Haji....

Jadi, kalau ada sesiapa yang mempunyai pemikiran bahawa simpan duit dibank untuk tujuan emergency atau sakit, pada saya adalah tindakan kurang bijak...simpan sebahagian duit tersebut di insurance/takaful yang comprehensive (complete semua ada)....dan sebahagian lagi boleh simpan di bank, Unit Trust atau laburkan mengikut kehendak masing2.

Maklumat telah disampaikan, banyak dah artikel seperti ini keluar di akhbar, tv terpulang ke atas anda untuk bertindak....ambil tahu product insuran/takaful yang ada sekarang....anda sign up atau tidak, itu soal no. 7...kenapa soalan no. 7?....sebab ada 6 persoalan lagi yang anda perlu tahu dan fahamkan baru lah anda decide. Apa 6 soalan tersebut...

1- Kenapa Anda PERLU perlindungan TAKAFUL?

                         Apa yang insurance boleh bantu untuk risiko ini?.....

2- Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan

3- Sakit Kritikal

4- Kemalangan (Mati atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)

5- Simpanan Berterusan

6- Kenapa anda perlu BERTINDAK sekarang?

Dan baru lah anda fikir, nak sign up atau tidak...iaitu persoalan yang ke-7...

Sekian...



Thursday 8 December 2011 0 comments

Ko-Takaful..

Ko-Takaful atau Ko-Insurans ialah perkongsian pembayaran untuk kos-kos hospital. Dari pelan PruBSN pelanggan akan menanggung sebahagian dari kos hospital yang dikenakan. Walau bagaimanapun ianya tertakluk pada jumlah 10% atau minimum RM300 dan maksimum RM1,000 sahaja.

                                            Min. RM300 | 10% | RM1,000 Max.


Tahukah anda bahawa SEMUA syarikat insurans/takaful di Malaysia yang ada perkhidmatan medical card mempunyai ko-takaful. Cuma cara bagaimana ko-takaful itu dikenakan ke atas pelanggan adalah berbeza-beza. Berhati-hati dengan penerangan dari ejen-ejen yang mengatakan bahawa medical card dari syarikat mereka tidak mempunyai ko-takaful.

Dan tahukah anda... bahawa Prudential lah syarikat insurans di Malaysia yang pertama menyediakan medical card yang tidak mempunyai ko-insurans. Walau bagaimanapun disebabkan terlalu banyak berlaku penyalahgunaan medical card itu sendiri maka diadakan ko-insurans. Ini adalah syarat dari Bank Negara Malaysia. pelancaran medical card dulu, pelanggan tersebut tidak perlu membayar ko-insurans langsung!

Bayangkan sekiranya tidak ada ko-takaful... pelanggan itu boleh dengan sesuka hati pergi menginap di hospital... lebih-lebih lagi jika pelanggan tersebut kenal rapat dengan doktor. Pelanggan yang selalu buat macam ni adalah pelanggan dari luar kawasan. Mereka menginap di hospital seolah-olah menginap di hotel!

 Okay... mari kita lihat bagaimana ko-takaful dari PruBSN dikenakan ke atas pelanggan...

Kes 1 :

Si A masuk wad 5 hari, kos hospital yang dikenakan RM 4,000.00. Si A perlu membayar dari kos hospital sebanyak 10% Ko-Takaful = RM400.00. Hospital Benefit untuk Si A sebanyak RM 200 X 5 hari = RM1,000.00 akan dibayar selepas 3 minggu Si A keluar dari hospital.

Kos Hospital = RM 4000.00
Ko-Takaful = RM 400.00
Hospital Benefit = RM 1,000.00


Nota : Untuk kes 1 di atas Si A tidak rugi malah masih untung lebihan yang ditolak dari Hospital Benefit iaitu sebanyak RM600.00


Kes 2 :
Si B masuk wad 10 hari, kos hospital yang dikenakan RM20,000. Kalau ikut 10% dari RM20,000.00 ialah RM 2,000.00 tetapi Si B hanya perlu membayar RM1,000.00 sahaja sebab tertakluk pada kos maksimum RM1,000.00. Hospital Benefit untuk Si B sebanyak RM200 X 10 hari =RM 2,000.00 akan dibayar selepas 3 minggu Si B keluar dari hospital.

Kos Hospital = RM 20,000.00
Ko-Takaful = RM 1,000.00
Hospital Benefit = RM 2,000.00


Nota : Untuk kes 2 juga Si B masih belum rugi, masih ada RM1,000.00 dari lebihan yang ditolak Hospital Benefit.


Di PruBSN, walaupun anda dikenakan ko-takaful tetapi kami ada cara untuk menyelamatkan wang anda. Dengan rider Hospital Benefit, anda masih boleh buat untung, walaupun Pelan Takafulink sebenarnya bukan untuk buat untung. Pelan Takafulink adalah untuk melindungi kewangan anda dari kos-kos hospital yang semakin meningkat.

Oleh itu, jangan biarkan wang anda habis di hospital... biar kami yang tanggung kosnya!!!

Sekiranya Kes 1 dan Kes 2 di atas adalah kes kemalangan, Ko-Takaful tersebut boleh claim di bawah rider Accidental Medical Reimbursement ( AMR ). Ini bermakna sekiranya client tersebut kemalangan dan dimasukkan ke wad segala bil atau deposit yang telah dibayar kepada hospital boleh claim. Pastikan ejen anda memasukkan manfaat AMR ke dalam polisi anda....

Ya, biar kami yang tanggung kosnya!!!
Wednesday 7 December 2011 0 comments

Contoh Quotation


Seperti yang tuan/puan maklum, makin meningkat umur seseorang makin tinggi risiko untuk dilindungi, begitu juga makin berisiko pekerjaan seseorang makin tinggi caruman bulanan untuk menampung jumlah perlindungan seperti yang tuan/puan mahukan..

Berikut ialah contoh quotation pelan PruBSN Takaful. Keperluan perlindungan setiap orang adalah berbeza. Untuk dapatkan "QUOTATION" anda, sila e-mail/ sms butiran berikut kepada saya di nurulhaiza@prupartner.com.my / 019-4780202 : NAMA, T.LAHIR, JANTINA, PEKERJAAN, STATUS KESIHATAN (Merokok/Tidak Merokok), BAJET, NO. TEL..

Saya akan menghubungi anda semula dan membuat temujanji jika anda berminat untuk mengetahui lebih mendalam.

PruBSN FirstLink (Umur : 19-25 tahun)
Umur                     :  23 tahun
Jantina                   : Lelaki
Pekerjaan              : Admin (Kelas 1)
Tahap kesihatan   : Sihat/Tidak Merokok
Caruman bulanan : RM130.00 (Takaful Saver RM10)



Manfaat yang diberi :-
1)Kematian/Hilang Upaya Kekal  - RM20,000
2)Penyakit Kritikal   - RM10,000
3)Kematian/Hilang Upaya Kekal (akibat kemalangan) - RM20,000
4)
AMR ('reimbursement' kos rawatan akibat kemalangan) - RM2,000/per kes
5)Elaun 'MC' akibat kemalangan - 1 unit (RM100/minggu)
6)Kad Perubatan : Sehingga RM500K(seumur hidup) dengan Kadar Bilik : RM150/ malam
7)Elaun Wad Harian - RM200
8)Contributor
(caruman percuma)
* BAHAGIAN SIMPANAN SEMESTINYA ADA, secara tak langsung simpanan jangkapanjang juga terbina di sini mengikut tempoh.


PruBSN SmartLink (Umur : 1-18 tahun)
Umur                     :  6 tahun
Jantina                   : Lelaki
Tahap kesihatan   : Sihat
Caruman bulanan : RM100.00
Info Parent
Umur                     :  30 tahun
Jantina                   : Lelaki
Pekerjaan              : Admin (Kelas 1)
Tahap kesihatan   : Sihat/ Tidak merokok

Manfaat yang diberi :-
1)Kematian/Hilang Upaya Kekal  - RM20,000
2)Kematian/Hilang Upaya Kekal (akibat kemalangan) - RM20,000
3)
AMR ('reimbursement' kos rawatan akibat kemalangan) - RM2,000/per kes
4)Kad Perubatan  : Sehingga RM500K(seumur hidup) dengan Kadar Bilik : RM150/ malam
5)Elaun Wad Harian - RM200
6)Contributor
(caruman percuma)
7)Parent Contributor
(caruman percuma)
* BAHAGIAN SIMPANAN SEMESTINYA ADA, secara tak langsung simpanan jangkapanjang juga terbina di sini mengikut tempoh.

PruBSN Takafulink (Umur : 26-80/100 tahun)

Umur                     :  35 tahun
Jantina                   : Perempuan
Pekerjaan              : Admin (Kelas 1)
Tahap kesihatan   : Sihat
Caruman bulanan : RM160.00


Manfaat yang diberi :-
1)Kematian/Hilang Upaya Kekal  - RM60,000
2)Penyakit Kritikal   - RM20,000
3)Kematian/Hilang Upaya Kekal (akibat kemalangan) - RM20,000
4)
AMR ('reimbursement' kos rawatan akibat kemalangan) - RM2,000/per kes
5)Elaun 'MC' akibat kemalangan - 1 unit (RM100/minggu)
6)Kad Perubatan  : Sehingga RM500K(seumur hidup) dengan Kadar Bilik : RM150/ malam
7)Elaun Wad Harian - RM200
8)Contributor
(caruman percuma)
* BAHAGIAN SIMPANAN SEMESTINYA ADA, secara tak langsung simpanan jangkapanjang juga terbina di sini mengikut tempoh.

PruBSN Protect Plus
Umur : 35 tahun
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Admin (Kelas 1)
Tahap kesihatan : Sihat/ Tidak merokok
Caruman bulanan : RM80.00 

Tempoh : 25 tahun


Manfaat yang diberi :-
1)Kematian/Hilang Upaya Kekal  - RM100,000
2)Kematian/Hilang Upaya Kekal (akibat kemalangan) - RM20,000
4)
AMR ('reimbursement' kos rawatan akibat kemalangan) - RM2,000/per kes
5)Elaun 'MC' akibat kemalangan - 1 unit (RM100/minggu)
6)Contributor(caruman percuma)
* BAHAGIAN SIMPANAN SEMESTINYA ADA, secara tak langsung simpanan jangkapanjang juga terbina di sini mengikut tempoh.


PruBSN Ummah
Umur : 35 tahun
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Admin (Kelas 1)
Tahap kesihatan : Sihat
Caruman bulanan : RM77.00 

Tempoh : 15 tahun

Manfaat yang diberi :-
1)Kematian/Hilang Upaya Kekal  - RM20,000
    *Jika berlaku semasa perjalanan/mengerjakan ibadat - RM40,000
2)Khairat Kematian - RM2,000
4)Badal Haji - RM3,000

5)Penyakit Kritikal - RM10,000
6)Contributor(caruman percuma)
* BAHAGIAN SIMPANAN SEMESTINYA ADA, secara tak langsung simpanan jangkapanjang juga terbina di sini mengikut tempoh.



Jadi, saya ingin menyeru pembaca2 sekalian, sebelum ada apa2 penyakit, dapatkan medical card...paling 'basic' seperti yang saya cadangkan di atas pun dah memadai sebagai permulaan dan anda boleh tambah jumlah manfaat kemudiannya. Sebabnya, kalau dah sakit, sanggup bayar lebih untuk dapatkan perlindungan pun tak ada gunanya sebab company pulak yang akan reject. Pendek kata.. "Insuran bukan macam Panadol, sakit baru cari dan makan"...Insurance kena ada 2 syarat untuk anda memilikinya :-

1. DUIT

2. KESIHATAN

Ada duit tapi tak sihat pun tak boleh...sihat tapi tak ada duit pun tak boleh. So, kena fikirkan budget masing2. Cuma allocate hanya 10% dari gaji anda untuk perlindungan insuran dan InsyaAllah 10% inilah akan menjaga segala keperluan juga mampu tanggung 100% keperluan keluarga kalau jadinya musibah yang tak diduga. Kalau kita tak allocate, sure duit habis jugak.

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut tentang pelan insuran/takaful, bolehlah hubungi saya di 019-478 0202 (Nurul Haiza)...tiada sebarang paksaan, penerangan percuma!




Monday 5 December 2011 0 comments

Fikir dulu sebelum membeli...

Sesetengah orang membeli insurans secara melulu, tanpa menilai dahulu apakah faedah insuran yang mereka perlukan. Adakalanya faedah insuran yang dibeli, bertindih dengan faedah kewangan sedia ada. Dan adakalanya, mereka membeli insuran tanpa memahami apakah faedah kewangan yang terkandung di dalam polisinya. Pada mereka, asalkan ada insuran, cukuplah.



Sesungguhnya, jika kita ambil mudah dan tidak berusaha untuk memahami kandungan polisi insurans yang dimiliki, kita mungkin akan menghadapi masalah kewangan di kemudian hari.

Semak faedah kewangan sedia ada sebelum membeli insurans hayat. Buatlah penilaian terlebih dahulu. Kita perlu menyelidik apakah faedah kewangan yang sudah diperoleh sedia ada daripada majikan atau majikan pasangan.

Dengan membuat penyata faedah kewangan, kita dapat melihat sendiri sejauh mana kewangan kita sudah dilindungi, dan mengenalpasti kelemahan lain yang terdapat dalam perancangan kewangan kita.

Bagaimana untuk memilih?

Secara umumnya, faedah-faedah insurans yang terdapat di pasaran sekarang adalah seperti berikut:-

1. Faedah sara hidup jika meninggal dunia

2. Faedah sara hidup jika mengalami hilang upaya kekal

3. Faedah sara hidup jika menghidapi penyakit kritikal

4. Faedah kemalangan jika meninggal atau hilang upaya

5. Faedah kemalangan jika hilang anggota

6. Faedah elaun mingguan akibat kemalangan

7. Faedah elaun harian hospital

8. Faedah perubatan dan pembedahan hospital

Faedah insurans perlu dibuat berdasarkan jenis keadaan yang bagaimana boleh menyebabkan kita mengalami kerugian kewangan yang paling kritikal? Dalam erti kata lain, jenis musibah yang bagaimana boleh menyebabkan anda ditimpa bencana kewangan yang paling teruk, hingga menggugat kehidupan seharian.


Tips untuk memilih...

1. Lindungi keperluan asas terlebih dahulu. Satu cara paling efektif untuk melindungi keperluan asas adalah dengan melindungi sumber pendapatan, iaitu gaji bulanan atau hasil perniagaan. Dengan melindungi sumber pendapatan anda, keperluan asas seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan kesihatan dapat disediakan berterusan. Jika tidak dilindungi secukupnya, kehidupan boleh bertukar sengsara.

2. Jangan bazirkan wang melindungi perkara kecil yang boleh ditanggung sendiri atau sudah ditanggung oleh majikan. Gunakan insurans untk melindungi perkara-perkara besar yang boleh menyebabkan kita mengalami bencana kewangan. Sebagai contoh, melindungi kewangan kita daripada kos perubatan hospital lebih penting daripada kos perubatan klinik. Ini kerana bil klinik biasanya kecil sahaja dan sudah ditanggung majikan atau mampu ditanggung sendiri
Sunday 4 December 2011 0 comments
ADAKAH SEMUA 'MEDICAL CARD' TAKAFUL ATAU INSURAN SAMA? JAWAPANNYA TIDAK...JADI PILIHLAH YANG TERBAIK UNTUK ANDA. Berikut adalah antara kelebihan kad perubatan Prudential BSN Takaful.

1- Life time limit

PruBSN Takaful menawarkan medical card Takaful Health dengan lifetime limit yang tinggi. Iaitu minimum RM 500,000 dan maksimum RM2,500,000 sehingga umur 80/100 tahun. So, anda boleh buat research sendiri syarikat mana yang boleh bagi lifetime limit yang tinggi macam ni.

2Boleh removed annual limit.

Contoh, kalau medical card TH 200, annual limit 75K, dan lifetime limit 750K sampai umur 80 tahun. So, boleh amik option utk removed 75K tu, Setahun kalau nak claim sampai beratus ribu...(lebih dari 75K)...contoh 200K, sekali claim pun boleh. 

3- Medical card sekali dalam basic policy
So, kalau pencarum disahkan mengidap salah satu daripada penyakit kritikal, policy akan jadi PERCUMA dan client tak perlu bayar apa2 lagi, sebaliknya simpanan diteruskan. 

4. Ada cash value
So, kalau client termissed bayar sebulan atau 2 bulan, kalau cash value dah ada, policy tak lapsed, dan boleh cover kalau perlukan rawatan, sebab cash value akan cross subsidi medical card punya charges. 

Tak seperti medical card yang standalone (berasingan dengan main policy). Stand alone policy, 31 hari tak bayar, terus lapsed. Dan kalau masa tu memerlukan rawatan, mmg takkan boleh guna. Saya beritahu perkara ini bagi memudahkan pembaca blog saya memahami mengenai beza antara medical card yang sekali dalam basic policy dah berasingan daripada basic policy.

Ini adalah salah satu contoh syarat2 tamat sijil medical card stand alone yang saya buat research dan saya jumpa di internet. Ia hanya sebagai satu contoh umum untuk medical card stand alone
5Kalau upgrade bilik
Hanya bayar different harga bilik sahaja. tak perlu bayar additional ko-takaful, sebab ko-takaful fixed at min RM300 dan maximum RM1,000.

6. Ko-takaful...

Yang ni biasanya orang nampak kelemahan PruBSN punya medical card, sebab mmg dah kena terus ko-takaful 10% min RM300 maximum RM1,000. Tapi, kalau kita upgrade bilik, kita hanya bayar different bilik, dan ko-takaful fixed at min RM300 and max RM1,000. Sebab tu, kami biasanya tak jual medical card sahaja, kita jual as package..dengan elaun hospital dan elaun bedah. 


Ada orang lain anggap PruBSN punya medical card tak best, sebab ada ko-takaful, tapi kita ada cara macam mana nak dapatkan claim lebih daripada bill yang dikenakan kepada anda. It's all about packaging. 


Ada juga client tanya kepada saya, ada syarikat takaful lain boleh berikan coverage 100% dan tak ada co-takaful...Jawapan saya mudah sahaja...pernah tak statement nie kat policy atau brochure mereka?...client jawap, tak perasan pulak...so,  saya suruh mereka counter check*...kalau ada, maknanya, kalau masuk wad yang lebih dari entitlement kita, kita kena bayar 10% dari total bill dengan tiada maksimum ko-takaful...so, kalau bill 30K...kena 10% co-takaful 3,000...and PruBSN fixed at 1K + different harga bilik. 

*hasil kajian dengan fakta






7. Medical card PruBSN, takde inner limit untuk rawatan cancer dan dialysis. Just follow annual limit, dan kalau annual limit takder (sebab amik Annual Limit Waiver), just follow lifetime limit


8. Medical Card PruBSN nie guaranteed renewal and non-cancellable.. Maksudnya kalau client dah sign up and policy dah berjalan, kalau ditimpa sakit, sama ada minor or kritikal, syarikat tak boleh cancelkan policy medical card ni, walau pun client akan claim berulang kali. Selagi tak habis limit, selagi tu boleh claim.


Sebab ada medical card yang letakkan syarat " Tertakluk kepada pembatalan portfolio"....kena faham term nie, biasanya tulisan ni kecik je dalam policy....and agent tersangat le jarang bagitau kat prospect atau client...tapi, kalau dah kena....haaa...masa tu medical card kena withdraw portfolio, lepas tu, dah sakit, nak claim pun dah tak boleh, nak amik policy lain pun tak boleh. Ini contoh term and condition di atas.


0 comments

hhhhhj

nbvnmbnm,n,nm
0 comments

Tips Sebelum Beli Insurans/Takaful?


• Sebagai persiapan jika ditimpa musibah, saya tidak tahu bila kemalangan akan menimpa.
• Memiliki insurans/takaful ketika masih muda dan sihat boleh dapat pulangan lebih tinggi apabila tempoh matang insurans/takaful.
• Sebagai simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen.
• Kos pengajian semakin tinggi. Misalnya, anak saya perlu ada insurans/takaful untuk meringankan beban saya kelak.
• Jadi peninggalan untuk anak dan waris jika saya meninggal dunia akibat musibah.
• Insurans/takaful kesihatan perlu untuk menampung kos perubatan dan rawatan yang tinggi sekiranya saya dimasukkan ke hospital.

Apakah Yang Bakal Dinikmati Jika Memiliki Insurans/Takaful?

Bukan saja faedah dirinya dilindungi, pemilik insurans lazimnya dibekal kad perubatan yang melayakkan dirinya menerima rawatan insentif di panel hospital swasta berdaftar. Hanya perlu menunjukkan kad perubatan insurans/takaful, pesakit layak mendapat rawatan pakar berbanding mereka yang tidak memiliki insurans/takaful. Bukan itu saja, sepanjang ditahan di hospital, pemilik insurans/takaful juga dibayar. Bukankah itu menarik?




Bagaimana Kita Ingin Mengetahui Kelebihan Sesuatu Pakej Insurans/Takaful Itu Sendiri?

Penting untuk setiap daripada kita mengenali pakej insurans/takaful yang hendak ditawarkan. Selidiki latar belakang syarikat insurans/takaful serta kelebihan yang bakal dinikmati daripada pelaburan yang kita lakukan. Jangan sesekali terpedaya dengan tawaran serta pakej murah yang menawarkan insurans/takaful tanpa mengetahui butiran lanjut serta tuntutan yang boleh dilakukan di kemudian hari.

Apakah Penipuan Insurans/Takaful?


Komponen utama penipuan insurans/takaful adalah:

*Niat untuk memperdaya termasuk segala tipudaya/ketidakjujuran yang dibuat dengan sengaja terhadap atau oleh syarikat insurans atau pengendali takaful, ejen insurans atau ejen takaful, atau pengguna untuk mendapatkan keuntungan kewangan yang tidak wajar.
*Keinginan untuk mempengaruhi syarikat insurans atau pengendali takaful supaya membayar lebih daripada yang sepatutnya.





Bentuk penipuan mungkin berbeza-beza, daripada tuntutan yang sah tetapi nilainya dinaikkan hinggalah kepada tuntutan yang sengaja diada-adakan atau palsu di mana kerugian sebenarnya tidak pernah berlaku.

Bagaimanakah Anda Melindungi Diri Anda?

*Elakkan daripada membayar premium menggunakan wang tunai. Bayar premium anda melalui cek atau kiriman wang. Seelok-eloknya buat bayaran itu kepada syarikat insurans atau pengendali takaful.
*Pastikan anda menerima polisi setelah membayar premium pertama anda.
*Segera periksa polisi insurans anda bagi memastikan perlindungan adalah sama seperti yang anda perlukan dan pastikan premium yang anda bayar dinyatakan dalam nota perlindungan/polisi anda. Minta resit sebagai bukti pembayaran premium.
*Jangan sekali-kali menandatangani borang permohonan insurans atau takaful, atau borang tuntutan insurans atau takaful yang kosong.
*Berasa syak wasangka sekiranya harga insurans atau takaful terlalu rendah daripada syarikat insurans atau pengendali takaful lain.
*Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan, waspada terhadap sesiapa yang menawarkan penyelesaian segera secara tunai atau menggesa anda berurusan dengan bengkel kereta, klinik perubatan atau firma guaman tertentu. Mereka mungkin pihak yang terlibat dalam sindiket penipuan.
*Bertegaslah untuk mendapatkan bil yang terperinci bagi pembaikan dan perkhidmatan perubatan yang diberikan dan semak ketepatannya.
*Hubungi syarikat insurans atau pengendali takaful anda, PIAM/LIAM/MTA atau pihak polis secara berhati-hati sekiranya anda telah ditipu atau telah/sedang dipujuk supaya menyertai suatu penipuan.
0 comments

Punca Enggan Miliki Insuran

Jika dilihat senario masa kini, masih ramai antara kita belum memiliki polisi insurans/takaful. Tidak kiralah pakej berteras insurans nyawa, perubatan, pendidikan mahupun pelaburan, kepentingan memiliki insurans/takaful masih 'kabur' di mata kebanyakkan masyarakat di Malaysia.

Situasi ini jelas menunjukkan amalan memiliki insurans/takaful masih baru berikutan tiada didikan serta kesedaran pentingnya dilindungi pakej insurans/takaful. Apatah lagi dalam persekitaran hidup era ini yang mencabar baik dari aspek ekonomi, keselamatan dan kesihatan.

Bagi sesetengah pihak, insurans/takaful dilihat sebagai beban. Ini kerana mereka terpaksa memperuntukkan sebahagian daripada gaji untuk membayar premium, sedangkan pulangan dan manfaatnya entah bila dirasakan. Apabila berlaku sesuatu kejadian mahupun malapetaka, barulah kepentingan dan faedah polisi insurans/takaful dapat dimanfaatkan.

Faktor 'sayangkan duit' sering menjadi punca enggan memiliki polisi insurans/takaful. Bagi segelintir pihak, purata bayaran premium serendah RM100, RM150 atau RM300 sebulan dilihat sebagai beban. Ini membentuk mentaliti masyarakat yang sering mengelak setiap kali didatangi ejen insurans/takaful.

Lelaki yang menjadi harapan keluarga malah bertindak sebagai ketua adalah individu penting yang perlu dilindungi insurans/takaful. Bukan mahu memperjudikan nyawa serta meletakkan nasib malang di bahu lelaki semata-mata, ia sebenarnya berbalik kepada kesan jangka masa panjang serta perlindungan yang bakal dinikmati mereka sendiri.


Jadi Apa Punca Sebenar Orang Ramai Enggan Memiliki Insurans?

Punca utama adalah faktor kewangan. Apatah lagi kesan ekonomi dunia yang secara tidak langsung memberi pengaruh besar dalam perbelanjaan harian masyarakat. Ini lebih dirasai lelaki yang menjadi ketua keluarga lebih-lebih lagi jika isteri tidak bekerja dan membesarkan anak-anak di Kuala Lumpur. Diakui, sukar untuk lelaki menanggung kos kehidupan di kota serta pada masa sama memiliki insurans.


Apakah Masih Ada Peluang Golongan Seumpama Ini Memiliki Insurans?...
Ya, masih ada. Ia berbalik kepada faktor kesedaran itu sendiri. Jika lelaki sebagai ketua keluarga menyedari kepentingan dirinya sebagai tunggak masa depan diri serta keluarga, insurans/takaful adalah jawapan terbaik dalam memastikan nasib keluarga terjamin. Bayangkan apabila diri tidak dilindungi, apa yang akan terjadi kepada nasib diri serta keluarganya pada masa depan?

Negatif Masyarakat Mengenai Pemilikan Insurans/Takaful?...
Suatu ketika dulu, bila bercakap mengenai insurans/takaful orang akan melihat sebagai perlindungan kematian. Orang tidak berminat untuk bercerita mengenai kematian. Ini cerita 10 tahun dulu di mana pakej insurans banyak menjurus kepada pelan insurans nyawa yang memberi imbuhan kepada ahli keluarga jika pemilik insurans meninggal dunia. Ketika ini, banyak pakej yang dinikmati pemilik insurans seperti bantuan perubatan, kad perubatan, kecemasan, pakej simpanan hari tua dan sebagainya.
0 comments
Apakah perkara pertama yang anda fikirkan tentang insurans/takaful?...

Apabila disuruh membuat keputusan sekarang, kebanyakan orang akan memberi alasan, “Tunggulah dulu. Saya belum fikirkan lagi”. Minggu depan, apabila ditanya lagi, alasan yang sama dia berikan, “Insurans? Saya belum terfikir lagi untuk membeli insurans”.


Saudara… untuk membeli insurans, anda sebenarnya PERLU BERFIKIR... ADAKAH ANDA MASIH LAYAK! Ini disebabkan dari pengalaman saya, ramai di kalangan kita sangat-sangat memerlukan insurans apabila mereka sudah tidak layak lagi untuk membeli insurans!

Mungkin anda bersikap sebegini kerana anda belum perlukan insurans. Mungkin anda sangka, diri anda kebal atau kuat dan apa yang telah berlaku ke atas orang lain, tidak akan berlaku kepada diri anda.

Sedikit pun tidak terlintas di fikiran anda bahawa, insurans/takaful itu hanya boleh dibeli selagi anda masih sihat 100 peratus.. Jika kesihatan sudah tidak mengizinkan, tidak ada syarikat insurans yang akan menerima anda lagi walaupun anda mampu membayar premium yang tinggi.

Dan jika anda masih lagi ingin berfikir, sama ada anda perlukan insurans atau tidak, marilah kita sama-sama berfikir secara jujur sekarang!

Tahukah anda, jika anda menghidap kanser pada peringkat keempat (kanser yang sudah merebak ke seluruh badan), sekali rawatan ‘kemoterapi, kosnya RM9000.00? Itu adalah kos semasa pada masa sekarang. Bagaimana dengan kos pada masa akan datang. 5 atau 10 tahun lagi...

Jika dalam seminggu anda terpaksa menjalani rawatan tersebut 5 kali, dalam sebulan anda memerlukan rawatan lebih RM180,000.00. Itu baru kos rawatan ‘kemoterapi’ untuk sebulan.Jika semalaman anda ditakdirkan mengalami nasib serupa, apakah jalan penyelesaian anda?

Mungkin anda ada alternatif sendiri...

~Menggunakan simpanan sendiri?

Berapa banyakkah simpanan yang anda miliki sekarang? Cukupkah simpanan anda itu?Jika anda baru hendak mula menyimpan, berapa lamakah untuk anda mengumpul wang sebanyak RM180,000.00 itu? Sedangkan anda memerlukan wang tersebut dengan segera! Mampukah anda menyimpan RM750.00 sebulan, tanpa gagal, selama 20 tahun, semata-mata untuk mengumpul tabung RM180,000.00 itu? Bolehkan anda menunggu sebegitu lama.
 ~ Menjual harta benda?
Adakah anda terdiri dari golongan yang kaya? Adakah anda memiliki harta yang boleh dijual dengan cepat?

Biasanya, bila anda menjual harta dalam keadaan terdesak, anda terpaksa menjualnya pada harga murah. Sudah tentu anda akan mengalami sedikit kerugian dan sudah tentu pula akan ada orang yang akan mengambil kesempatan bermain harga dengan anda.

Bolehkah hasil jualan tersebut menampung kos rawatan anda? Di mana isteri dan anak-anak anda akan tinggal, bila rumah dan harta anda sudah dijual?

~ Memohon pinjaman?

Adakah bank yang sudi memberi anda pinjaman, jika sudah sakit kritikal dan tidak lagi berupaya untuk bekerja?

Adakah anda mempunyai kawan yang kaya, yang sanggup meminjamkan duit yang banyak kepada anda, tanpa banyak soal? Siapa sanggup tanggung hutang pinjaman anda, jika anda tidak mampu bayar?


~ Meminta derma?

Adakah badan kebajikan yang mampu memberi anda wang sebanyak itu, tanpa banyak soal atau kerenah birokrasi? Sanggupkah anda menunggu begitu lama, untuk melakukan kutipan derma sebanyak itu?





Anda tentu pernah melihat iklan-iklan meminta derma dari orang ramai tak kiralah di tv atau akhbar-akhbar harian.


Apa lagi yang anda fikirkan??

Walaupun banyak cerita sudah tersiar mengenai kehidupan orang lain, yang terpaksa hidup menderita akibat musibah yang menimpa mereka, namun masih ramai yang ingin berfikir panjang untuk mendapatkan perlindungan insuran.



     

Carilah jalan penyelesaian yang mudah, murah, selamat dan terjamin tanpa menjual harta benda anda atau meminta derma. Jangan biarkan keluarga anda turut sama menderita akibat kedegilan anda sendiri.
0 comments

Takaful Puteri

Penghargaan anda sebagai seorang anak, isteri atau ibu sangatlah dihargai. 


Anda disanjungi dan dihormati sebagai seorang insan yang menyatukan dan membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi untuk memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala apa yang anda hadapi.Kaum wanita telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari.

Walau bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin menghadapi beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan membuatkan anda lebih cenderung pada beberapa penyakit spesifik yang dihadapi oleh kaum wanita.
Di PruBSN, kami menghargai dan memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan satu pelan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya di samping menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang mungkin timbul.
Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink)Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat di dalam Pelan Takafulink.


Terdapat 2 pilihan pelan iaitu :-


Takaful PuteriatauTakaful Puteri Plus


Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu
RM50,000     |     RM100,000     |     RM150,000


1. Pelan Takaful Puteri menawarkan :
  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita


2. Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:
  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
  • Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)


MANFAAT PENJAGAAN WANITA
A)Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar.
  • Kanser berkaitan wanita
  • Kanser payudara atau
  • Kanser Uterus Serviks atau
  • Kanser Tiub Falapio atau
  • Kanser Ovari atau
  • Kanser Uterus atau
  • Kanser Vagina/Vulva atau
  • Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks.
Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% daripada jumlah yang diinsurankan.
B)Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.
  • Artritis Reumatiod dengan Komplikasi atau
  • Pembedahan Rekonstruksi Payudara atau
  • Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan atau
  • Graf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau Keretakan Osteoporosis


MANFAAT PENJAGAAN IBU


A)Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar
  • Komplikasi Kehamilan
  • Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) atau
  • Kehamilan Ektopik atau
  • Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan) atau
  • Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari) atau
  • Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)
B)Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dibawah.RM20,000 akan dibayar.
  • Penyakit-penyakit Kongential Bayi
  • Sindrom Down atau
  • Kecacatan Vetrikel Septum atau
  • Kecacatan Atrium Septum atau
  • Spina Bifida atau
  • Lelangit RekahBayi mestilah hidup lebih dari 30 hari selepas kelahiran dan didiagnosis dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.
Nota :Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan.
 
;