Sunday 4 December 2011

Tips Sebelum Beli Insurans/Takaful?


• Sebagai persiapan jika ditimpa musibah, saya tidak tahu bila kemalangan akan menimpa.
• Memiliki insurans/takaful ketika masih muda dan sihat boleh dapat pulangan lebih tinggi apabila tempoh matang insurans/takaful.
• Sebagai simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen.
• Kos pengajian semakin tinggi. Misalnya, anak saya perlu ada insurans/takaful untuk meringankan beban saya kelak.
• Jadi peninggalan untuk anak dan waris jika saya meninggal dunia akibat musibah.
• Insurans/takaful kesihatan perlu untuk menampung kos perubatan dan rawatan yang tinggi sekiranya saya dimasukkan ke hospital.

Apakah Yang Bakal Dinikmati Jika Memiliki Insurans/Takaful?

Bukan saja faedah dirinya dilindungi, pemilik insurans lazimnya dibekal kad perubatan yang melayakkan dirinya menerima rawatan insentif di panel hospital swasta berdaftar. Hanya perlu menunjukkan kad perubatan insurans/takaful, pesakit layak mendapat rawatan pakar berbanding mereka yang tidak memiliki insurans/takaful. Bukan itu saja, sepanjang ditahan di hospital, pemilik insurans/takaful juga dibayar. Bukankah itu menarik?




Bagaimana Kita Ingin Mengetahui Kelebihan Sesuatu Pakej Insurans/Takaful Itu Sendiri?

Penting untuk setiap daripada kita mengenali pakej insurans/takaful yang hendak ditawarkan. Selidiki latar belakang syarikat insurans/takaful serta kelebihan yang bakal dinikmati daripada pelaburan yang kita lakukan. Jangan sesekali terpedaya dengan tawaran serta pakej murah yang menawarkan insurans/takaful tanpa mengetahui butiran lanjut serta tuntutan yang boleh dilakukan di kemudian hari.

Apakah Penipuan Insurans/Takaful?


Komponen utama penipuan insurans/takaful adalah:

*Niat untuk memperdaya termasuk segala tipudaya/ketidakjujuran yang dibuat dengan sengaja terhadap atau oleh syarikat insurans atau pengendali takaful, ejen insurans atau ejen takaful, atau pengguna untuk mendapatkan keuntungan kewangan yang tidak wajar.
*Keinginan untuk mempengaruhi syarikat insurans atau pengendali takaful supaya membayar lebih daripada yang sepatutnya.





Bentuk penipuan mungkin berbeza-beza, daripada tuntutan yang sah tetapi nilainya dinaikkan hinggalah kepada tuntutan yang sengaja diada-adakan atau palsu di mana kerugian sebenarnya tidak pernah berlaku.

Bagaimanakah Anda Melindungi Diri Anda?

*Elakkan daripada membayar premium menggunakan wang tunai. Bayar premium anda melalui cek atau kiriman wang. Seelok-eloknya buat bayaran itu kepada syarikat insurans atau pengendali takaful.
*Pastikan anda menerima polisi setelah membayar premium pertama anda.
*Segera periksa polisi insurans anda bagi memastikan perlindungan adalah sama seperti yang anda perlukan dan pastikan premium yang anda bayar dinyatakan dalam nota perlindungan/polisi anda. Minta resit sebagai bukti pembayaran premium.
*Jangan sekali-kali menandatangani borang permohonan insurans atau takaful, atau borang tuntutan insurans atau takaful yang kosong.
*Berasa syak wasangka sekiranya harga insurans atau takaful terlalu rendah daripada syarikat insurans atau pengendali takaful lain.
*Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan, waspada terhadap sesiapa yang menawarkan penyelesaian segera secara tunai atau menggesa anda berurusan dengan bengkel kereta, klinik perubatan atau firma guaman tertentu. Mereka mungkin pihak yang terlibat dalam sindiket penipuan.
*Bertegaslah untuk mendapatkan bil yang terperinci bagi pembaikan dan perkhidmatan perubatan yang diberikan dan semak ketepatannya.
*Hubungi syarikat insurans atau pengendali takaful anda, PIAM/LIAM/MTA atau pihak polis secara berhati-hati sekiranya anda telah ditipu atau telah/sedang dipujuk supaya menyertai suatu penipuan.

No comments:

Post a Comment

 
;