Saturday 3 December 2011

Contoh Tuntutan

Ramai pelanggan di luar sana berpendapat, saya dah ada insuran/takaful, semua cover, sebenarnya apabila anda mengambil sesuatu polisi insurans/takaful, anda perlu memahami dengan sebenarnya apa yang dilindungi dan apa yang tidak dilindungi. Kekadang ramai yang tidak faham terus sahaja mengatakan syarikat insurans penipu tidak bayar claim. Untuk kefahaman sila baca yang di bawah.

Renungan:-

Sekiranya syarikat insurans/takaful penipu...

1) Tiada ejen insurans yang boleh jual polisi insurans baru, saya pun dah menjadi perancang kewangan sejak 3 tahun lepas. sudah lebih dari 50 orang pelanggan saya masuk hospital..alhamdullillah semua tuntutan yang di buat di bayar oleh prudential. Kalau tak bayar dah tentu hari-hari masuk dalam muka depan akhbar orang ramai komplen sana dan sini.

2) Syarikat insurans terikat dengan Akta Insurans 1996 dan dan begitu juga dengan syarikat takaful dibawah akta 1994 yang mana dipantau oleh Bank Negara Malaysia. Jadi bukan mudah untuk syarikat insurans atau takaful tidak mahu membayar tuntutan anda.

ANTARA SEBAB - SEBAB MENGAPA TUNTUTAN TIDAK DIBAYAR.

1. Polisi Insuran (Sijil Takaful) Tidak Berkuatkuasa (Lapsed)
Polisi Insuran (Sijil Takaful) tidak berkuatkuasa (lapsed) ini bermaksud, polisi insuran (sijil takaful) tidak berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun insuran (takaful) tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat insuran (takaful) tidak akan membayar segala tuntutan yang dibuat. Jadi, jangan sampai polisi insuran (sijil takaful) kita lapsed, disebabkan tabiat kita yang mengambil mudah keperluan untuk membayar premium (sumbangan) pada masa yang telah ditetapkan.

Satu lagi, kalau polisi insuran (sijil takaful) sudah tidak berkuatkuasa (lapsed), walau pun dapat dihidupkan balik, kena tunggu 30 hari tempoh bertenang (grace period) semula. Dan kalau pemegang polisi insuran (sijil takaful) sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)…pada masa tempoh bertenang (grace period), memang tak boleh nak buat apa-apa tuntutan (claim). Ini memang selalu terjadi terutama kepada pemegang polisi insuran (sijil takaful) yang membayar premium (sumbangan) secara tunai. Kekadang berlaku kekeliruan dan menyangka premium (sumbangan) untuk bulan tersebut sudah dibayar, rupanya belum, akhirnya polisi insuran (sijil takaful) lapsed. Bila dihidupkan balik, kena tunggu 30 hari baru boleh berkuatkuasa semula. Jadi, pastikan jangan sampai polisi insuran (sijil takaful) anda lapsed.

2. Manfaat yang di anggap ada tapi tiada di dalam Polisi Insuran (Sijil Takaful)
Ramai yang beranggapan, apabila mereka ada polisi insuran (sijil takaful), mereka ingat, “Semua Cover”. Mereka beranggapan segala musibah akan dicover oleh polisi insuran (sijil insuran) yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan menyemak secara teliti. Akan tetapi, sebaliknya apabila musibah berlaku, ianya tidak dilindungi dan syarikat insuran (takaful) tidak mahu bayar, pemegang polisi insuran (sijil takaful) terus marah dan menuduh syarikat insuran (takaful) penipu atau ejen penipu. Tapi, tanggungjawab pemegang polisi insuran (sijil takaful) juga untuk mengetahui apa yang terdapat dalam jadual polisi insuran (sijil takaful) tersebut.

                                                                              Contoh 1
Kebanyakkan masyarakat sekarang ini ambil insuran (takaful) melalui panggilan yang diterima melalui talian telefon sahaja. Bayaran akan di caj pada kad kredit dan satu keluarga akan dilindungi. Kebanyakan polisi insuran (sijil takaful) yang diambil melalui panggilan telefon biasanya murah dan tidak perlu deklarasi penyakit sedia ada. Ini biasanya adalah Polisi @ Takaful Kemalangan Diri ataupun “Personal Accident”. Polisi ini hanya akan membayar pemegang polisi @ sijil takaful sekiranya berlaku kematian dan kehilanga anggota badan disebabkan ACCIDENT SAHAJA!!. Manfaat Kematian tidak akan di bayar sekiranya berkalu kematian disebabkap penyakit dan Bil perubatan akan ditanggung sendiri oleh pemegang polisi insuran @ sijil takaful. Dalam ertikata lain sesiapa sahaja yang ada Kanser atau Sakit Jantung pun boleh ambik polisi insuran (sijil takaful) intuk Personal Accident (PA)

                                                                              Contoh 2
Rata-rata polisi yang dimiliki orang orang ramai sekarang ini terdiri daripada Insurance Hayat termasuklah manfaat penyakit kritikal dan simpanan. Apabila ditanya mengenai Kad Perubatan (Medical Card), mereka dengan penuh yakin menyatakan, “Saya sudah ada”….tapi, apabila diminta untuk menunjukkan Kad Perubatan (Medical Card), mereka kata, semuanya ada dalam polisi insuran @ sijil takaful. Jadi saya nak beri tips kepada semua. Polisi insuran (sijil takaful) yang ada manfaat Kad Perubatan (Medical Card), akan disertakan dengan Kad Perubatan (Medical Card)” 

Jadi, kalau ejen kata masuk hospital kita boleh claim BIL HOSPITAL (bukan Hospital Benefit, elaun masuk wad)…minta dia tunjukkan di mana Kad Perubatan (Medical Card) tersebut. Kalau tiada Kad Perubatan (Medical Card), maknanya memang tiada manfaat Kad Perubatan (Medical Card) dalam polisi insuran (sijil takaful) anda, dan yang paling menyedihkan, apabila anda mendapatkan rawatan di Hospital Pakar, anda perlu membayar semua bil tersebut dengan sendiri. Tidak boleh buat tuntutan.

Sesetengah polisi @ sijil cuma memberikan elaun hospital contoh nya RM 500 sehari. Ini tidak cukup, contohnya sebelum ini ada pelanggan saya yang masuk hospital selama 3 hari disebabkan kemalangan dan kos yang dicaj hospital adalah sebanyak RM6500 jika tanpa Kad Perubatan (Medical Card), jadi, elaun yang akan dibayar adalah sebanyak RM500 x 3 hari = RM1500, bil yang dicaj adalah RM6500 (Bil Penuh) – RM1500 (Elaun Hospital) = RM4000 (Baki - perlu dibayar sendiri oleh pesakit), jadi ini akan menjadi beban dan kalau ada duit simpanan di ASB, TABUNG HAJI, UNIT TRUST dan sebagainya terpaksa dikeluarkan semata-mata untuk membayar bil hospital dan sepatutnya duit tadi disimpan untuk tujuan lain.

Tidak dinafikan ada polisi insuran (sijil takaful) yang membayar kos rawatan tapi tiada Kad Perubatan (Medical Card), tapi, anda perlu membayar dulu semua bil hospital tersebut dan kemudian buat tuntutan (claim) semula kepada syarikat insuran (takaful). Kalau bil 3-4 ribu mungkin kita boleh pakai kad kredit, kalau dah sampai RM50,000?..berapa keping kad kredit kita nak guna?….bayangkan…lepas tu pulak, nak buat tuntutan (claim) kena buat sendiri. Medical Report kena dapatkan sendiri, lepas tu pergi ke syarikat insuran @ takaful, untuk buat tuntutan @ claim, lepas seminggu follow up, ada dokumen yang tak lengkap, pergi semula ke syarikat insuran (takaful) dan dapatkan semula dokumen yang tak lengkap….sanggup ke anda sebagai pemegang polisi insuran (sijil takaful) buat semua itu. Mungkin sanggup sebab dah keluar duit dan nak buat tuntutan @ claim, ada masa ke?….kalau ada Kad Perubatan (Medical Card), semua perkara tersebut tidak perlu dilakukan, bayaran bil terus ke hospital, dan sampai rumah, anda tunggu sahaja cek Elaun Hospital, Elaun ICU atau Elaun Bedah sekiranya ada pembedahan yang akan dihantar oleh ejen. Senang, mudah dan tak pening kepala.

Jadi kesimpulannya, tiada manfaat dalam polisi memang tak boleh buat tuntutan.

3. Pengecualian (Exclusion)Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.

A. Pengecualian Umum (General Exclusion)
Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi insuran (sijil takaful) sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya…(kecuali polisi tersebut memang ada perlindungan khas seperti Takaful Puteri dari Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN).

B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)
Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insuran (sijil takaful) atau dinamakan “Pre-Existing Condition”.

Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan batu karang (urine stone) dan apabila beliau mengambil polisi insuran (sijil takaful) , ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat batu karang (urine stone) sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi insuran (sijil takaful) dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi insuran (sijl takaful) berkuatkuasa, ia akan dilindungi.


4. Non-Disclosure
Sekiranya syarikat insuran (takaful) mendapat tahu yang pemegang polisi insuran (sijil takaful) pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatkan di dalam borang cadangan (proposal form), syarikat insuran (takaful) berhak untuk tidak membayar tuntutan anda. Jadi, kita kena buat deklarasi semua soalan yang ditanya dalam borang cadangan bagi mengelakkan daripada polisi insuran (sijil takaful) anda dibatalkan atas sebab Non-Disclosure.

5. Waiting period (tempoh menunggu)
Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi insuran (sijil takaful) berkuatkuasa (inforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Terutamanya Kad Perubatan (Medical Card).

Macam mana perkara ini biasa terjadi, sebabnya, ada kalanya kita ingin mengambil polisi insuran (sijil takaful) kita berfikir panjang sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Kemudian, kita ambil polisi insuran (sijil takaful), sekali kena penyakit spesifik yang dinyatakan di atas, tak boleh nak buat tuntutan (claim). Sebab tidak cukup tempoh menunggu. Seterusnya ini akan jadi salah satu punca pemegang polisi (sijil takaful) marah dan tak percaya kepada insuran (takaful). Ini boleh elakkan dengan bertindak lebih awal. Tapi, kalau dah bertindak lebih awal dan terjadi juga, tak boleh nak buat apa, sekurang-kurangnya kita dah berikan yang terbaik kepada diri kita atau pun keluarga kita.

Jadi, sebagai pemegang polisi insuran (sijil takaful) anda bukan sahaja perlu tahu apa yang dilindungi, tapi juga apa yang tidak dilindungi.

Saya biasa kongsikan perkara ini kepada pemegang polisi insuran (sijil takaful) atau prospek saya “Sekiranya kita tidak tahu penyakit tersebut dicover, tiba-tiba ianya berlaku kepada kita, dan insuran (takaful) bayar semua kos rawatan, kita marah atau tidak?..tapi, kalau kita tak tau penyakit tersebut tidak dilindungi kemudian ianya berlaku dan tak boleh nak claim, apa perasaan kita?…sekurang-kurangnya kalau kita tahu apa yang tidak dilindungi, kita akan lebih bersedia untuk mencari altenatif lain dah tidak terus mendapatkan rawatan di hospital pakar yang mana kita tahu kosnya adalah sangat tinggi.”


Berikut adalah contoh-contoh tuntutan.

CONTOH TUNTUTAN 1
Info Kes : Cirit-birit dan Demam Panas. Bayaran RM2,825.65 kepada pemegang sijil takaful (reimbursement), pemegang sijil takaful membayar sendiri dahulu jumlah bil kerana kejadian berlaku sebelum kad perubatan berkuatkuasa.





Cek dikeluarkan oleh Prudential BSN Takaful Berhad pada 06.09.2010, discharge pada 21.08.2010, proses tuntutan adalah lebih kurang 3 minggu sahaja. Cepat sekiranya tiada apa-apa masalah dengan dokumen.


CONTOH TUNTUTAN 2 
Info Kes : 'Critical Illness/Penyakit Kritikal'. Pampasan RM50,000 di bawah manfaat CRISIS COVER telahpun dibayar kepada pemegang polisi disebabkan kegagalan buah pinggang (kedua-dua belah), disamping manfaat tambahan RM5,000 pendapatan tambahan tahunan dibawah manfaat CRISIS COVER INCOME(KEGAGALAN BUAH PINGGANG)





Beserta dengan manfaat PRUPAYOR, pemegang polisi tidak perlu lagi membayar premium bulanan, bagaimanapun perlindungan teus berjalan dan simpanan akan meningkat di sebabkan premium bulanan akan dibayar oleh Prudential.

No comments:

Post a Comment

 
;