Saturday 3 December 2011

PruBSN Ummah

Panjang/ pendek umur, InsyaAllah ibadah Haji akan tertunai...


Ramai di antara kita merancang perkara-perkara penting dalam kehidupan ini. Kita merancang untuk kehidupan yang baik dan kita turut merancang kesejahteraan untuk orang-orang yang kita sayangi. Dalam usaha mencapai kesejahteraan duniawi, sebagai umat Islam, kita seharusnya turut sama memastikan keperluan rohaniah dipenuhi.

Antara pembentangan belanjawan baru-baru ini ialah pendaftaran Haji menggunakan Akaun 2 KWSP untuk memberi peluang kepada golongan yang tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk mendaftar. Ini adalah satu galakan yang baik kerana kita tahu untuk menunggu giliran menunaikan haji, memang memerlukan masa yang panjang, mungkin sehingga 20 tahun lagi. Persoalannya ialah bagaimana pula dengan simpanan untuk perbelanjaan tunai haji??? Bolehkah kita menunaikan ibadah haji jika tak berusaha untuk membuat tabungan khusus untuk tujuan itu?

Bagi tahun 2011 sahaja kos untuk menunaikan Haji melalui Lembaga Tabung Haji adalah hampir RM10 ribu (RM9980/ seorang). Kos ini semestinya akan bertambah di tahun-tahun akan datang. Jika kita menabung RM200 sebulan dalam Tabung Haji dari sekarang, kita perlu menyimpan selama 50 bulan/ 5 tahun, dan andai kata kita hanya mampu menyimpan RM50 sebulan, ini bermakna kita perlu tunggu 20 tahun untuk mecukupkan perbelanjaan.

Bagaimana pula dalam tempoh penantian itu, berlaku kecemasan tertentu, seperti ditimpa kemalangan atau sakit yang memerlukan rawatan yang tinggi, dimana kita terpaksa menggunakan seluruh simpanan yang ada? Bagaimana pula jika ditakdirkan ajal kita sudah menjemput sebelum waktu yang kita rancang untuk tunai haji? Siapa yang akan menguruskan urusan upah haji kita?

Semua kemungkinan ini adalah lumrah kehidupan…dan suatu yang mungkin akan berlaku kepada diri kita. Apa yang kita perlu buat adalah MERANCANG untuk menghadapi segala kemungkinan tersebut, supaya dalam situasi apa pun, hajat kita untuk menunaikan ibadah Haji dapat ditunaikan.

Kami di PruBSN InsyaAllah akan membantu anda. Melalui PruBSN Ummah, pelan unik ini
  membantu anda mencapai aspirasi anda untuk memenuhi kewajipan yang dituntut oleh agama. Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan pada masa depan, malah ia juga membantu anda sebagai seorang Muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti Elaun Haji, Badal Haji, Manfaat Berganda dan Penulisan Wasiat Islam.

Sepintas Lalu Apa Yang PruBSN Ummah Boleh Tawarkan

1.Manfaat-manfaat Haji/Umrah.
* Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah.
* Kami akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan Haji menerusi Badal Haji(Upah orang tunaikan haji).
* Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda untuk menunaikan Haji/Umrah.

2.Jaminan kewangan sekiranya anda kehilangan nyawa atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.
* Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.
* Memastikan tanggungjawab kewangan anda yang masih tertunggak dijelaskan.
* Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.

3.Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi.
* Wariskan kekayaan anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat Islam.

4.Tingkatkan simpanan anda
* Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji,Umrah atau tujuan-tujuan lain.Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal1, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.

5.Manfaat-manfaat penyakit kritikal.
* Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa anda.

6.Bonus Loyalti.
 * Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia kami! Anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten.
* Pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh,tertakluk kepada terma dan syarat.
Picture
Picture
Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk Plan ini.

Sumbangan bulanan minimum adalah RM50. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada berikut:

• umur anda
• jumlah dan terma perlindungan anda
• status kesihatan anda
• jantina anda
• pekerjaan anda (jika berkenaan)
• kaedah pembayaran anda
• kekerapan pembayaran anda sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun 
atau setiap tahun

No comments:

Post a Comment

 
;