Saturday 3 December 2011

Insurans Perubatan dan Kesihatan(IPK)


Syarikat insurans menawarkan polisi IPK kepada anda sama ada secara berasingan ataupun bergabung. Apabila memilih polisi, sentiasalah: 



1. Beli polisi yang benar-benar sesuai dengan keperluan anda. Sebagai contoh, anda telah mempunyai polisi insurans/takaful dari syarikat lain. Jadi anda telah ada perlindungan dan rujuk kembali dokumen polisi lama untuk mengetahui apa perlindungan yang telah anda beli.


2. Pastikan anda mampu bayar. Perlu diingat bahawa membayar polisi insurans adalah komitmen jangka panjang. Jangan beli lebih daripada apa yang anda mampu, jika tak bayar, sedikit manfaat pun anda tidak dapat.


3. Ambil masa untuk berbincang dengan ejen insurans anda, pastikan ejen mempunyai pengetahuan yang cukup tentang produk-produk yang ditawarkan dan produk-produk dari syarikat lain. Kadang-kadang ada ejen yang tidak memiliki polisi insurans pun.

4. Fahami terma dan syarat sebelum membeli polisi. Antara soalan biasa yg anda perlu tanya ialah:
i) Berapa lama tempoh polisi?
ii) Apa akan berlaku setelah tamat tempoh?
iii) Untuk medikal kad, bila boleh guna?
iv) Jika tidak bayar polisi, apa akan berlaku, adakah polisi akan tamat?
v) Siapa yang akan saya hubungi jika ada pertanyaan?
vi) Apa yg tidak dilindungi?

5. Setelah dapat polisi, baca betul-betul terma dan syarat sekali lagi, biasanya syarikat insurans memberi anda tempoh selama 15 hari untuk memahami isi kandungan polisi. Pihak syarikat akan mengembalikan premium anda jika anda tidak berpuas hati dengan terma dan syarat. Kalau boleh, minta ejen hantar polisi secara terus kepada anda, bukan melalui pos.

No comments:

Post a Comment

 
;