Saturday 3 December 2011

MRTA vs Takafulink

Untuk pengetahuan semua, MRTA(Mortgage Reduced Term Assurance) adalah sejenis perlindungan insurance untuk pinjaman rumah. Tujuan individu membeli polisi MRTA tidak lain adalah sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal keseluruhan atau Total Permanent Disable (TPD) kepada peminjam. Jadi polisi MRTA ini akan membayar baki pinjaman yang tertunggak.

Apa kaitan dengan Takafulink? ok.. sebenarnya anda boleh menggantikan MRTA ini dengan Pelan Takafulink. Dengan Sum Covered yang sama (eg RM150k) .. anda mendapat lebih manfaat spt medical card, penyakit kritikal, elaun tunai harian, ECU, pulangan pelaburan dan macam-macam lagi berbanding dengan memiliki hanya single MRTA.

So, bagaimana takafulink boleh dijadikan sebagai satu option dalam menggantikan MRTA/MRTT? Sila lihat rajah di bawah (mengikut urutan nombor) tentang perbezaan antara MRTA dan Takafulink.

MRTA/MRTT :

1) Kita akan mengambil contoh pembiayaan perumahan sebanyak RM200K
2) Tempoh pinjaman pula adalah selama 30 tahun.
3) Habis pembayaran anda akan mendapat sebuah rumah +++ hutang dijelaskan
4) Akan tetapi kalau berlaku kematian atau TPD( Cacat kekal)
5) MRTA akan menyelesaikan kan baki hutang pembiayaan rumah anda.
6) Waris tidak perlu membayar hutang pinjaman dan memperoleh rumah yg ditinggalkan oleh si arwah.


Takafulink :


1)     Pembelian rumah sebanyak RM200K
2)     Tempoh pinjaman 30 tahun
3) Graf menunjukkan perlindungan sebanyak RM200K berterusan sehingga 30 tahun dan boleh diteruskan kepada investment lain.
4,5) Anda akan mendapat jumlah simpanan bertambah dari tahun ke tahun. Kemudian pada masa yg sama loan perumahan anda akan berkurang.
6) Hutang selesai dlm tempoh 30 tahun. Manfaat simpanan boleh digunakan utk isteri dan anak2. Kemudian perlindungan boleh digunakan terhadap hartanah yg lain
7) Sekiranya berlaku kematian atau TPD pada line merah ini
8) Takafulink akan memberi perlindungan sebanyak RM200K termasuk jumlah simpanan waris utk diuruskan oleh mereka. Melalui rajah di atas sekiranya baki pinjaman RM100K, waris boleh menggunakan wang perlindungan tersebut dan bakinya disimpan atau digunakan utk income harian mereka.
9,10) Si waris ( isteri dan anak2) akan mendapat pampasan perlindungan dan wang simpanan yg di tinggalkan oleh arwah

Berikut adalah perbezaan antara ciri-ciri MRTA dan Takafulink.


MRTA/MRTT
1. Bayaran lump sum (sekali gus). 



2. Biasanya akan dimasukkan didalam loan sekiranya jumlah premium terlalu mahal (bg membolehkan bayaran secara bulanan). 



3. Sekiranya premium dimasukkan bersama pinjaman, premium tersebut juga dikenakan faedah oleh pihak bank. Jadi, jumlah premium yang perlu dibayar akan lebih tinggi dari sepatutnya.


4. Tempoh perlindungan sama seperti tempoh pinjaman.


5. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut pinjaman.



6. Lebih murah berbanding dengan life insurance atau takafulink sekiranya dikira dari sudut jumlah caruman. 


7. Tiada nilai tunai.

Takafulink.

 1. Bayaran secara berkala (regular), jadi tidak perlu masukkan bersama pinjaman, dan ini boleh mengelakkan kita daripada dikenakan faedah oleh bank.



2. Jumlah perlindungan sekata sepanjang tempoh caruman atau sehingga umur kita 80 tahun yang mana lebih dahulu.



3. Jumlah perlindungan yang fleksible. Boleh diubah mengikut keperluan perlindungan pinjaman.



4. Jumlah premium yang tetap. Walaupun umur meningkat, premium tetap sama. Ini akan menjimatkan kita dalam jangka masa panjang.



5. Tidak perlu menamatkan polisi sekiranya hartanah yang pinjamannya dilindungi oleh takafulink ingin dijual atau dipindah milik. Dan sekiranya kita ingin membeli hartanah baru, boleh gunakan polisi yang sedia ada untuk menjadi sebagai cagaran bayaran pinjaman sekiranya kita meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.



6. Boleh digandingkan dengan pelbagai manfaat perlindungan lain yang agak penting seperti medical card, elaun hospital, elaun ICU, elaun pembedahan dan sebagainya.



7. Ada nilai tunai dan perkongsian untung hasil dari keuntungan wang caruman yang dilaburkan oleh syarikat.


Bagi tempoh masa yang panjang, cara ini lebih menjimatkan disebabkan kita tidak dikenakan interest atas premium sekiranya premium dimasukkan dalam jumlah pinjaman. Selain dari itu, jumlah peruntukan premium untuk simpanan selepas tahun ke 7 dan seterusnya adalah 100%. 

No comments:

Post a Comment

 
;