Sunday 4 December 2011

Fakta Perbelanjaan Haji


Fakta-Fakta Penting:
"Perbelanjaan Haji yang Tinggi Perbelanjaan Haji di bawah Tabung Haji pada masa ini adalah RM9,880 manakala perbelanjaan Haji di bawah mana mana Agensi Pelancongan Haji memerlukan sekurang-kurangnya dua kali ganda jumlah tersebut". (Risalah rasmi Tabung Haji, 2010)

Pernahkah anda terfikir..berapa pula kos perbelanjaan apabila 10 tahun dari sekarang? Berkemungkinan 5 kali ganda daripada harga tahun ini...Dan adakah anda tahu di PruBSN kami menyediakan pelan di mana ianya membantu anda mengurangkan kos menunaikan haji. Pelan ini membolehkan jemaah haji membahagikan kos menerusi penyediaan simpanan bagi melengkapkan tabung simpanan Tabung haji mereka sekiranya berlaku kejadian atau risiko-risiko akan datang. 

 Statistik Kematian Akibat Penyakit Kritikal

"60% daripada kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh kanser, penyakit berkaitan dengan jantung dan pernafasan. (WHO, 2009)"

Tahukah anda..sekiranya berlaku penyakit kritikal, anda mesti menggunakan wang simpanan utk kos rawatan dan simpanan Tabung Haji anda akan terhenti. Dan sekiranya berlaku hilang upaya kekal terhadap diri anda, anda berkemungkinan tidak dapat menyimpan di Tabung Haji. Tetapi kami melindungi simpanan anda hingga tempoh matang sekiranya kejadian tersebut berlaku. 

Serentak dengan itu, Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) telah melancarkan produk terbarunya, PruBSN Ummah. Ianya adalah satu produk yang unggul dan menarik dengan ciri-ciri yang menggabungkan simpanan dan perlindungan dan pada masa yang sama membantu pelanggan memenuhi kewajipan mereka sebagai seorang Muslim.

Berbeza daripada pelan simpanan yang lain, kemudahan ini didatangkan merangkumi:



  • Badal haji (upah haji) 
  • Ganjaran wang tunai kepada pelanggan setia 
  • Jaminan kewangan terhadap kematian yang tidak dijangka dan hilang upaya kekal dan menyeluruh 
  • Perlindungan terhadap penyakit kritikal, dan 
  • Penulisan wasiat.
Perbandingan di antara Pelan Tabung Haji, Simpanan di Bank/ASB dan PruBSN Ummah


PERHATIAN:

PruBSN Ummah bukanlah pengganti bagi akaun Tabung Haji anda sekiranya anda telah memilikinya. Ia merupakan pelengkap kepadan simpanan Tabung Haji anda dengan menyediakan simpanan dan perlindungan tambahan Takaful. 

No comments:

Post a Comment

 
;